Sejarah Maling (kawasan negeri)

Sebelum ia dimansuhkan, kawasan pilihan raya negeri Maling sepenuhnya terletak di dalam Kawasan Parlimen Sibu. Ia telah diciptakan pada tahun 1978 dan telah dimansuhkan pada tahun 1991. Kini, kawasan pilihan raya ini telah digantikan dengan Bukit Assek.

Pilihan raya negeri Sarawak 1987

Kawasan pilihan raya negeri Maling memiliki sebuah tempat untuk penamaan calon; ia terletak di Bilik Mesyuarat No. 1 Majlis Perbandaran Sibu du Sibu, Sarawak. Sebanyak dua calon bertanding di DUN ini iaitu Wong Soon Kai dari parti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (BN-SUPP) dan Ling Siew Ming dari parti Parti Tindakan Demokratik (DAP). Tempat mengira-ngira undi ialah bertapak di Dewan Persidangan Perpustakaan, Majlis Perbandaran Sibu, Drive 5, Brooke Drive. Kerusi DUN Maling dimenangi oleh parti Barisan Nasional-Parti Rakyat Bersatu Sarawak.[1]